MCW gesa PDRM, SPRM siasat kes 'Datuk Seri' larikan diri

Jais Abdul Karim
Jais Abdul Karim
A
A
A

SHAH ALAM - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama bagi menyiasat kejadian ‘Datuk Seri’ yang disyaki terlibat dalam kegiatan Macau Scam melarikan diri daripada bangunan SPRM.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, sebuah penyiasatan khas perlu dilakukan dan tindakan tegas mesti diambil sekiranya kejadian berkenaan berpunca daripada pegawai SPRM.

“Suspek mesti dikesan semula dengan segera untuk tindakan selanjutnya dan tentunya jika ada pegawai SPRM yang terlibat, tindakan tegas mesti diambil.

“SPRM juga digesa untuk meningkatkan tahap keselamatan dan pengawasan bangunan mereka kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku lagi di masa hadapan bagi memastikan imej baik SPRM terus kekal utuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang direman bagi kes Macau Scam telah memanjat pagar di belakang bangunan SPRM dan melarikan diri ketika anggota polis yang mahu menahannya bersedia di bahagian depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru Datuk Seri larikan diri

Sementara itu, Jais berkata, pihaknya difahamkan bahawa 'Datuk Seri' itu telah dilepas reman oleh pihak SPRM dan dibenarkan pulang.

“Suspek telah selesai proses jaminan SPRM dan diserahkan kepada penjamin untuk pulang.

Artikel Berkaitan:

“Rakan suspek telah menyedari kehadiran polis di luar pintu masuk hadapan Bangunan SPRM untuk ditahan semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

“Dengan bantuan individu lain, 'Datuk Seri' berkenaan telah bertindak melarikan diri melalui pintu belakang Kompleks ibu pejabat SPRM dan lolos bersama sebuah kenderaan lain yang telah sedia menanti,” katanya,