Jerman kena banyak belajar lagi

Aksi pemain tengah Switzerland, Granit Xhaka (kiri) dan Gnabry ketika aksi Liga Negara-Negara UEFA di Cologne.
Aksi pemain tengah Switzerland, Granit Xhaka (kiri) dan Gnabry ketika aksi Liga Negara-Negara UEFA di Cologne.
A
A
A

PENGENDALI Jerman, Joachim Low menyifatkan masih banyak lagi elemen yang perlu diperbaiki khasnya bahagian pertahanan gergasi bola sepak Eropah itu selepas bangkit untuk mencatatkan keputusan seri 3-3 ketika menentang Switzerland pada saingan Liga Negara-Negara UEFA di Rhein Energie Stadion, Colonge.

Menurut ketua jurulatih berusia 60 tahun itu, pemain-pemain Jerman masih lagi melakukan beberapa kesilapan mudah yang akhirnya dimanfaatkan sepenuhnya anak buah Vladimir Petkovic sepanjang tempoh perlawanan.

“Ya, saya akui bahawa barisan pemain-pemain Jerman melakukan beberapa kesilapan yang membolehkan pelawat mencipta kemudiannya memanfaatkan deretan peluang pada perlawanan ini.

“Kami ketinggalan seawal minit kelima perlawanan tapi kembali menyamakan kedudukan sebelum kembali mendahului namun sekali lagi ketinggalan buat kali kedua dan jelas di situ nampak ketara kealpaan bahagian pertahanan pemain Jerman.

“Biarpun terdapat banyak kelemahan ketara terutamanya bahagian pertahanan yang perlu diperbaiki pada perlawanan ini, namun saya memuji karakter pemain-pemain Jerman kerana ini sebahagian proses kematangan pasukan.

“Ketinggalan beberapa kali sebelum bangkit mengikat lawan kental seperti Switzerland pada saya satu pencapaian yang boleh dibanggakan sekali gus membuktikan pemain-pemain masih bernafsu untuk mencari kemenangan," katanya.

Pada perlawanan itu pelawat meledak tiga gol dengan dua hasil jaringan Mario Gavranovic pada minit kelima dan 56' mana satu lagi gol disumbangkan Remo Freuler (26') manakala tiga gol tuan rumah adalah hasil jaringan Timo Werner (28'), Kai Havertz (55' ) dan Serge Gnabry (60').

Dalam pada itu, Toni Kroos menyifatkan kealpaan bahagian benteng Jerman pada aksi tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam perlawanan penting berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Apabila bahagian pertahanan begitu mudah melepaskan tiga gol itu bermakna benteng penting berkenaan memerlukan perhatian khusus,” kata tonggak pertahanan Real Madrid yang membuat penampilan ke-100 bersama Jerman pada perlawanan berkenaan.

Sementara itu, Havertz menyifatkan pemain-pemain Jerman ternyata bijak dan tenang mengawal walaupun beberapa kali ketinggalan kepada pelawat

“Hari ini sesuatu yang positif berjaya dibuktikan apabila berjaya pamerkan karakter tidak mudah berputus asas dalam kembali menyaingi lawan,” kata tonggak Chelsea itu.