Bank Dunia lulus AS$12 bilion untuk vaksin Covid-19 bantu negara

Bank Dunia pada Selasa mengumumkan Lembaga Pengarah Eksekutifnya meluluskan AS$12 bilion untuk membiayai pembelian dan pengedaran vaksin, ujian saringan dan rawatan koronavirus (Covid-19) kepada negara-negara membangun. - Foto Agensi
Bank Dunia pada Selasa mengumumkan Lembaga Pengarah Eksekutifnya meluluskan AS$12 bilion untuk membiayai pembelian dan pengedaran vaksin, ujian saringan dan rawatan koronavirus (Covid-19) kepada negara-negara membangun. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Bank Dunia pada Selasa mengumumkan Lembaga Pengarah Eksekutifnya meluluskan AS$12 bilion untuk membiayai pembelian dan pengedaran vaksin, ujian saringan dan rawatan koronavirus (Covid-19) kepada negara-negara membangun, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pembiayaan itu bertujuan menyokong program vaksinasi untuk sejuta orang, sebahagian pakej Bank Dunia keseluruhan bernilai AS$160 juta sehingga Jun 2021 bagi membantu negara-negara membangun memerangi pandemik, menurut satu kenyataan.

Pembiayaan baharu itu untuk program tindak balas kecemasan Covid-19 Bank Dunia yang meliputi 111 negara.

"Kami meningkatkan bantuan sehingga negara-negara membangun memiliki akses terhadap vaksin," kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass.

Kes Covid-19 global melepasi 38 juta pada Selasa malam, dengan lebih sejuta kematian dilaporkan, menurut data Johns Hopkins University.

Dalam laporan terbaru Prospek Ekonomi Dunia dikeluarkan pada Selasa, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi global menguncup sebanyak 4.4 peratus pada 2020, memberi amaran mengenai krisis ini kemungkinan besar akan "berlarutan untuk tempoh masa yang panjang dan tidak menentu." - Bernama

Artikel Berkaitan: