Bekas setiausaha politik menteri bakal didakwa

Seorang bekas setiausaha politik menteri dijangka didakwa di dua mahkamah berasingan selepas dipercayai terlibat dengan kes rasuah bernilai RM5 juta.
Seorang bekas setiausaha politik menteri dijangka didakwa di dua mahkamah berasingan selepas dipercayai terlibat dengan kes rasuah bernilai RM5 juta.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang bekas setiausaha politik menteri dijangka didakwa di dua mahkamah berasingan selepas dipercayai terlibat dengan kes rasuah bagi tender projek kementerian bernilai RM5 juta.

Menurut sumber, beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 akan dikemukakan terhadap lelaki berusia 40-an itu.

Pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah Kuala Lumpur esok dan Mahkamah Shah Alam pada 23 Oktober depan.

Katanya, suspek dipercayai telah membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian dan menerima suapan daripada beberapa individu menerusi beberapa transaksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Setpol bekas menteri direman terima suapan jutaan ringgit

Sementara itu Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan perkara ini ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan tiga lagi pegawai kanan agensi di bawah kementerian berkenaan yang disiasat sebelum ini dalam kes yang sama turut akan didakwa dalam masa terdekat kerana menerima rasuah.

Artikel Berkaitan: