X

Kindly register in order to view this article
!

Kawat berduri banteras kes seludup di sempadan

Anggota PGA Batalion 7 memeriksa kawat berduri yang dipasang sepanjang Sungai Golok.
A
A

RANTAU PANJANG - Jenayah rentas sempadan Malaysia - Thailand di negeri ini melalui Sungai Golok berjaya dikurangkan selepas pemasangan kawat berduri membabitkan 13 lokasi yang aktif dengan kegiatan penyeludupan.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, lokasi berkenaan merangkumi kawasan pangkalan haram di sekitar Rantau Panjang, Jeram Perdah dan Kuala Jambu di Tumpat.

Menurutnya, pemasangan kawat berduri sejauh 500 meter sejak 13 Julai lalu turut mendapat reaksi positif penduduk setempat kerana membantu mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan pangkalan haram berkenaan ke negara ini.

"Kita mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dalam mengekang jenayah rentas sempadan," katanya selepas meninjau penugasan anggotanya di pangkalan haram Pok Nik, Bukit Lata di sini hari ini.

Anggota PGA Batalion 7 melakukan rondaan di kawasan lokasi panas yang aktif dengan kegiatan penyeludupan.
Anggota PGA Batalion 7 melakukan rondaan di kawasan lokasi panas yang aktif dengan kegiatan penyeludupan.

Azhari berkata, sepanjang penugasan Op Benteng Koronavirus (Op Benteng Covid-19) bermula 16 September lalu hingga semalam seramai 57 PATI berjaya dicekup.

Katanya, PATI warga Thailand paling ramai ditahan iaitu 38 orang diikuti Kemboja (14), Pakistan (4) dan Myanmar (1).

“Selain itu, tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang bertindak sebagai tekong darat turut ditahan sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Azhari (kiri) sentiasa turun padang meninjau gerak kerja anggotanya yang melakukan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand.
Azhari (kiri) sentiasa turun padang meninjau gerak kerja anggotanya yang melakukan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand.

Menurutnya, sebanyak 108 kes membabitkan penyeludupan berjumlah RM7.2 juta berjaya ditumpaskan dan rampasan rokok di Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat menjadi penyumbang terbesar kejayaan itu membabitkan nilai rampasan berjumlah RM1.47 juta.

Jenayah lain yang ditumpaskan ialah tangkapan lembu (RM606,000) dan ayam sejuk beku (RM38,700).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!