Warga emas jatuh dalam sungai

Anggota bomba melakukan proses carian di dasar Sungai Langgar di tempat terakhir mangsa dilihat sebelum tenggelam pagi tadi. Gambar kecil:Ismail Awang
Anggota bomba melakukan proses carian di dasar Sungai Langgar di tempat terakhir mangsa dilihat sebelum tenggelam pagi tadi. Gambar kecil:Ismail Awang
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang warga emas berusia 83 tahun dipercayai terjatuh di Sungai Langgar, Pekan Langgar dekat sini kira-kira jam 7 pagi tadi ketika keluar membeli sarapan di sebuah kedai berhampiran rumahnya.

Mangsa, Ismail Awang yang dipercayai hilang ingatan bagaimanapun dikatakan pergi ke belakang kedai selepas mendapati kedai berkenaan masih belum dibuka.

Menurut menantunya, Mohd Amin Fardullah Muthu, 31, setiap pagi bapanya akan keluar membeli nasi lemak di kedai tersebut.

"Pagi ini dia pergi ke belakang kedai itu sebelum dipercayai terjatuh ke dalam sungai," katanya ketika ditemui di lokasi pagi ini.

Sementara itu, Komander Operasi Zon 1 Balai Bomba Kota Setar, Azahar Mohamad berkata, pihaknya tiba di lokasi jam 8.15 pagi dan proses pencarian sedang dilakukan di sekitar kawasan mangsa jatuh.

Menurutnya, sebanyak 16 anggota bomba dari Alor Setar termasuk lima penyelam dari jabatan tersebut memulakan carian dan berdepan arus kuat di dasar sungai.

"Operasi pencarian turut dibantu oleh polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Mangsa dipercayai seorang hilang ingatan disyaki jatuh ke dalam sungai tersebut. Tindakan awal melakukan pencarian di permukaan air dengan menggunakan jaket keselamatan. Anggaran kelebaran sungai tersebut adalah 10 meter," katanya.

Artikel Berkaitan: