X

Kindly register in order to view this article
!

Anifah Aman sindir Anwar?

Tangkap layar hantaran Anifah di Facebook beliau hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman menyindir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat lebih 120 sokongan ahli Parlimen untuk peralihan kuasa.

Anifah berkata, beliau tidak peduli tentang angka sokongan diperoleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pertemuan pemimpin itu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, apa yang dikhuatirkan beliau adalah tentang jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) yang masih tinggi di Sabah.

"Saya tak kisah mereka di sana dapat nombor lebih 120 ke, kurang 120 ke, pergi tak pergi istana ke.

"Saya hanya kisah nombor di Sabah yang masih tinggi dan merisaukan," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar mohon Agong sahkan senarai majoriti ahli Parlimen

Semalam kemelut politik negara kembali panas apabila Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong dan dan mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih 120 ahli Parlimen untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun tidak mengemukakan senarai nama itu kepada Seri Paduka.

Berikutan itu, Seri Paduka menasihatkan Anwar agar akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di sebalik krisis itu, Sabah dilaporkan kekal menjadi negeri tertinggi merekodkan kes baharu positif Covid-19 dengan 443 kes semalam.

Susulan itu, Anifah menasihatkan agar semua rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu menjaga penjarakkan fizikal dan memakai pelitup muka agar dapat melawan dan menyekat penularan Covid-19 secepat mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar tiba di Istana Negara


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!