Masjid ditutup, jemaah kontak rapat pesakit Covid-19

Masjid Taman Bukit Bendera ditutup sejak semalam hingga 19 Oktober ini.
Masjid Taman Bukit Bendera ditutup sejak semalam hingga 19 Oktober ini.
A
A
A

TEMERLOH - Masjid Taman Bukit Bendera ditutup selama seminggu bermula semalam sehingga 19 Oktober ini.

Penutupan itu dilakukan berikutan terdapat satu kes positif koronavirus (Covid-19) direkodkan membabitkan seorang lelaki yang merupakan saringan kontak rapat kawasan berisiko tinggi.

Pengerusi masjid, Khalid Mohamed Sujab yang mengesahkan perkara itu berkata, lelaki terbabit dipercayai telah menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut baru-baru ini.

"Proses sanitasi telah dijalankan oleh pihak berkaitan semalam dan masjid ditutup kepada orang ramai selama tujuh hari," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Katanya, masjid tersebut mula beroperasi pada penghujung November tahun lalu boleh memuatkan hingga 620 jemaah pada satu masa.

Untuk rekod, Pahang mencatatkan satu kes baharu Covid-19 dari Mukim Mentakab di sini semalam.

Sehingga kini, negeri ini mencatatkan lima kes aktif iaitu dua di Kuantan dan masing-masing satu kes di Pekan, Temerloh dan Raub.

Artikel Berkaitan: