Pusat pelancongan bawah seliaan MDKS ditutup sementara

Bukit Melawati ditutup sementara kepada pengunjung berikutan pelaksanaan PKPB sehingga 27 Oktober ini. Foto MDKS
Bukit Melawati ditutup sementara kepada pengunjung berikutan pelaksanaan PKPB sehingga 27 Oktober ini. Foto MDKS
A
A
A

KUALA SELANGOR - Semua pusat pelancongan di bawah pengurusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) ditutup sementara kepada pengunjung berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa hari ini.

MDKS memuat naik status dan hebahan poster di Facebook rasminya memaklumkan tempoh penutupan sementara itu sehingga 27 Oktober ini.

"Antara pusat pelancongan di bawah pentadbiran MDKS yang ditutup sementara ialah Bukit Melawati dan Pantai Remis, Jeram.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada arahan dan pindaan kerajaan dari masa ke semasa," kata kenyataan itu hari ini.

Hebahan poster yang dimuat naik di Facebook rasmi MDKS hari ini.
Hebahan poster yang dimuat naik di Facebook rasmi MDKS hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Artikel Berkaitan: