X

Kindly register in order to view this article
!

Flex sasar beri 3,500 pekerjaan kepada rakyat Malaysia

Flex meneguhkan komitmen apabila merekrut lebih 9,000 kakitangan dari pelbagai jawatan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2020 ini.
A
A

PULAU PINANG - Satu daripada pengeluar dan penyedia rangkaian teknologi terbesar di dunia, Flex mengulangi komitmennya kepada Malaysia dengan sasaran menambahkan tenaga kerjanya di negara ini sebanyak 20 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan menawarkan 3,500 peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia.

Pada masa ini, Flex merupakan salah satu majikan terbesar di Malaysia dengan lebih 18,000 kakitangan di 12 fasiliti yang terletak di Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

Syarikat multinasional yang dikenali dengan reka bentuk dan pembuatan, berhasrat untuk menambah tenaga kerjanya dengan mengambil lebih ramai jurutera, juruteknik, pemeriksa kawalan kualiti, kakitangan di bahagian pembelian, pentadbir program dan operator pengeluaran dalam masa terdekat.

Naib Presiden Operasi Flex, Viswanathan Paramasivam berkata, peperangan melawan COVID-19 masih berlanjutan dan melihatkan kebanyakan negara kini berdepan dengan cabaran penjagaan kesihatan dan krisis ekonomi.

“Kami mahu terus menggariskan komitmen kami kepada Malaysia. Ketika negara berusaha untuk mengekalkan momentum pemulihan ekonominya, Flex mahu turut serta bersama-sama dalam usaha tersebut dengan menyediakan peluang pekerjaan.

“Kebanyakan produk yang Flex hasilkan adalah produk-produk kritikal (essential product) dan pandemik ini telah menguji untuk kami meningkatkan lagi keupayaan pengeluaran kami. Hal ini meletakkan Flex di kedudukan yang sangat baik untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaaan bagi rakyat Malaysia” ujarnya.

 Pada masa ini, Flex merupakan salah satu majikan terbesar di Malaysia dengan lebih 18,000 kakitangan di 12 fasiliti yang terletak di Johor, Pulau Pinang dan Selangor.
Pada masa ini, Flex merupakan salah satu majikan terbesar di Malaysia dengan lebih 18,000 kakitangan di 12 fasiliti yang terletak di Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

Jelas beliau lagi, Flex menyambut ulang tahun ke-30 penubuhannya di Malaysia tahun ini dengan meneguhkan komitmen apabila merekrut lebih 9,000 kakitangan dari pelbagai jawatan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2020 ini.

Ujar Viswanathan, daripada jumlah itu, lebih daripada 6,000 pekerja baharu diambil bekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun penurunan ekonomi mengakibatkan ramai pekerja diberhentikan dan kadar pengangguran meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020, naik 2 peratus daripada paras 3.3 peratus yang dicatat bagi bulan yang sama tahun sebelum ini.

“Syarikat ini juga merupakan satu daripada majikan terbesar kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini, dengan lebih 130 OKU diambil bekerja di fasilitinya di Johor dan Pulau Pinang,” katanya.

Jelas beliau, persekitaran kerja yang mesra OKU diwujudkan bagi kakitangan yang hilang upaya pendengaran bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan rakan sekerja lain dengan selesa dan melaksanakan tugas mereka dengan cekap.

“Flex percaya kakitangan OKU mereka boleh mempamerkan prestasi baik dan produktiviti tinggi, setaraf dengan kakitangan bukan OKU dan mereka boleh meningkat maju dengan bakat serta kemahiran baharu.

“Atas usaha-usaha tersebut, Flex diiktiraf sebagai Majikan Mesra OKU oleh Kementerian Sumber Manusia pada April 2019.

Viswanathan berkata, Flex menyasarkan untuk meningkatkan bilangan kakitangan OKU sebanyak dua kali ganda dalam masa terdekat.

 Flex diiktiraf sebagai Majikan Mesra OKU oleh Kementerian Sumber Manusia pada April 2019.
Flex diiktiraf sebagai Majikan Mesra OKU oleh Kementerian Sumber Manusia pada April 2019.

Syarikat ini membuktikan kepercayaannya dalam persekitaran kerja yang pelbagai dan inklusif dengan menyediakan peluang pekerjaan sama rata dan peluang pertumbuhan kerjaya bagi semua kakitangannya, termasuk OKU.

Flex juga merupakan satu daripada sebilangan kecil majikan di dalam industri teknologi tinggi Malaysia yang menaja kakitangannya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dalam jumlah yang besar.

Ini adalah peluang bagi kakitangan Flex sebagai sebahagian daripada komitmen kepada pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan potensi diri.

Sehingga kini, lebih daripada 560 kakitangan Flex telah menyempurnakan program sarjana, diploma dan persijilan mereka. Flex menjalin kerjasama program pembelajaran sepanjang hayat dengan 27 institusi pengajian tinggi tempatan, termasuk universiti terkemuka seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Perlis Malaysia (UniMAP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sejak penubuhannya di Malaysia pada 1990, Flex telah melabur sebanyak RM4.6 bilion untuk operasinya di negara ini dan bekerja dengan jenama global di dalam sektor penjagaan kesihatan, perindustrian, peralatan gaya hidup dan pengguna, komunikasi, perusahaan dan cloud.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!