HINO 300 Series Pro diperkenalkan di Malaysia

Atsushi memperkenalkan HINO 300 Series Pro yang didatangkan dengan dua segmen iaitu empat roda dan enam roda.
Atsushi memperkenalkan HINO 300 Series Pro yang didatangkan dengan dua segmen iaitu empat roda dan enam roda.
A
A
A

HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) memperkenalkan kenderaan komersil ringan atau Light Commercial Vehicle (LCV) terbarunya iaitu HINO 300 Series Pro yang mempunyai prestasi canggih dan struktur badan lebih hebat.

Pengarah Urusannya, Atsushi Uchiyama berkata, HMSM ingin menyediakan trak yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan untuk menyokong perniagaan pelanggan.

Menurutnya, berbekalkan tagline ‘Built for Ultimate Customer Success’ HINO 300 Series Pro didatangkan dengan dua segmen iaitu empat roda dan enam roda.

"HINO 300 series Pro dilengkapi ciri-ciri ke arah perkembangan teknologi dan keperluan untuk perubahan dalam industri kenderaan komersil.

"Kenderaan komersil ringan baharu kami ini merupakan salah satu daripada produk yang kami usahakan untuk mencapai kepuasan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kedua-dua versi HINO 300 Series mempunyai angka output tertinggi di dalam kelasnya dan enjin yang serasi dengan bahan api biodiesel B20.

Selain itu, nisbah transmisi dipertingkatkan untuk memberikan penggunaan bahan api yang lebih baik terutama ketika kelajuan tinggi.

HMSM turut memperkenalkan peranti telematik pintar baharu, Hino Connect yang direka untuk menyokong syarikat logistik dalam memantau kondisi trak mereka dengan lebih berkesan selain aplikasi peranti pintar myHINO membolehkan pemilik mengakses informasi trak pada bila-bila masa.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, HMSM menawarkan kursus latihan kepada pemandu di Hino Total Support Customer Center (HTSCC) di Sendayan, Negeri Sembilan sebagai sebahagian daripada sokongan selepas jualan.