Anggota bomba maut motosikal terbabas

Mohd Nor Faisal Ani
Mohd Nor Faisal Ani
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang anggota bomba maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 98.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9, mangsa dikenali Mohd Nor Faisal Ani, 38, bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bertam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Petani ke Gurun sebelum motosikal jenis Sym Bonus ditunggangnya hilang kawalan sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa terbabas sendiri ketika berada di laluan kecemasan dan jatuh ke kanan jalan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat," katanya.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel Berkaitan: