X

Kindly register in order to view this article
!

'Letak syarat pemimpin UMNO jadi Perdana Menteri'

Lokman Noor Adam
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berharap antara syarat baharu diletakkan UMNO kepada Perikatan Nasional (PN) adalah Perdana Menteri datangnya daripada parti itu.

Lokman berpandangan sedemikian kerana UMNO adalah parti yang mempunyai kerusi paling banyak dalam kerajaan PN sekarang berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti yang lain.

"Ini baru betul, yang majoriti tentukan hala tuju pemerintahan, bukan parti minoriti buli majoriti. Tahniah UMNO! Harap antara syarat yang diletakkan ialah UMNO Perdana Menteri, Bersatu TPM," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO timbang tarik diri sokong PN

Zahid menghadap Agong Khamis ini

Beliau berkata, sekiranya PN tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan itu UMNO boleh sahaja keluar dari kerajaan dan menjadi pembangkang sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jika UMNO keluar dari PN dan tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin tumbang.

"Anwar tak jadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum dapat diadakan sebaik (koronavirus) Covid-19 reda. Tak lama mana pun,” katanya.

Terdahulu, UMNO dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu akan memberi syarat baharu kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan secepat mungkin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!