Bursa Malaysia dibuka rendah, prestasi menyusut

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota ekuitinya hari ini menyatakan, indeks penanda aras itu turut diasak tekanan berikutan ketidaktentuan politik negara ini.
Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota ekuitinya hari ini menyatakan, indeks penanda aras itu turut diasak tekanan berikutan ketidaktentuan politik negara ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi penyusutan semalaman pasaran Wall Street.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota ekuitinya hari ini menyatakan, indeks penanda aras itu turut diasak tekanan berikutan ketidaktentuan politik negara ini.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.26 mata atau 0.21 peratus kepada 1,521.94 daripada 1,525.20 sewaktu dagangan ditutup pada Selasa.

Sewaktu dibuka pagi ini, indeks berkenaan turun 1.63 mata kepada 1,0523.57.

Sentimen pasaran tidak banyak berubah dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 198 berbanding 145 manakala 271 lain tidak berubah, 1,511 tidak didagangkan manakala 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.94 bilion unit bernilai RM2.03 bilion.

Menurut Rakuten Trade, Wall Street susut susulan aktiviti pengambilan untung oleh peniaga menjelang musim pelaporan korporat berserta kelewatan Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan pakej rangsangan.

“Di peringkat Malaysia, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang bermula hari ini akan menyaksikan indeks petunjuk aras menguji paras 1,510 yang merupakan tahap sokongan segera,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank susut tiga sen kepada RM7.32, Public Bank turun 10 sen kepada RM15.86, Top Glove untung tiga sen kepada RM9.12 manakala Hartalega dan Tenaga masing-masing naik empat sen kepada RM17.62 dan RM10.22.

Bagi saham aktif, Metronic Global dan warannya naik satu sen kepada 11.5 sen dan 4.5 sen, Dataprep menokok satu sen kepada 22 sen, HLT Global menambah empat sen pada RM1.77 manakala AirAsia X tidak berubah pada empat sen.

Kaunter paling rugi adalah KLK yang merosot 30 sen RM22.16, Petronas Chemicals susut sembilan sen kepada RM6.05, MISC dan Aeon Credit masing-masing rendah lapan sen kepada RM6.77 dan RM9. 90.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 9.14 mata kepada 11.005.70, Indeks FBMT 100 berkurangan 16.25 mata kepada 10,816.74 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 5.73 mata kepada 13,189.54.

FBM 70 pula mengukuh 5.27 mata kepada 14,471.33 manakala FBM ACE naik 49.19 mata kepada 10,751.71.

Selain itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 45.89 mata kepada 12,515.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.35 mata kepada 143.41 manakala Indeks Perladangan naik 37.39 mata kepada 7.070.65. - Bernama