X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Sesi menghadap Agong libatkan Guan Eng, Mat Sabu ditangguh

Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng
A
A

KUALA LUMPUR - Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara melibatkan pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya berlangsung hari ini dan 21 Oktober ini ditangguhkan.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pagi ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mereka diberitahu mengenai penangguhan kedua-dua sesi menghadap itu semalam.

Menurut kenyataan itu, majlis menghadap melibatkan Guan Eng sepatutnya dijadualkan pada hari ini manakala Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu pada 21 Oktober ini.

"Kami telah dititah untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku telah ditangguhkan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka menjunjung titah dan mendoakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.

Semalam dilaporkan beberapa pemimpin parti dipanggil menghadap ke istana ekoran krisis politik negara yang kembali panas susulan pertemuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Seri Paduka Baginda.

ARTIKEL BERKAITAN Agong tidak terima senarai nama Ahli Parlimen sokong Anwar

Beri ruang Agong sahkan senarai majoriti ahli Parlimen: Anwar

Anwar dikatakan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Sejurus pertemuan itu, pada sidang medianya, Anwar memaklumkan bahawa beliau memberi ruang kepada Yang di Pertuan Agong untuk meneliti senarai lebih 120 ahli parlimen yang memberi sokongan kepada beliau sebelum memperkenankan permohonan pembentukan kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kelak.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!