X

Kindly register in order to view this article
!

19 penghuni nyaris maut dalam kebakaran lima rumah

Seramai 19 penghuni yang tinggal di lima buah rumah di Kampung Asam Kumbang, Benut Laut, di sini nyaris maut dalam kejadian kebakaran malam tadi.
A
A

PONTIAN - Seramai 19 penghuni yang tinggal di lima buah rumah di Kampung Asam Kumbang, Benut Laut, di sini nyaris maut dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Kebakaran pada jam 8.05 malam itu đisedari seorang penduduk lalu semua penghuninya sempat menyelamatkan diri sebelum menghubungi pihak bomba selepas mereka gagal memadamkan api.

Difahamkan kebakaran merebak dengan cepat kerana semuanya rumah papan sebelum seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian serta BBP Rengit dikejarkan ke tempat kejadian.

Ini termasuk bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Benut dengan dua jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Utiliti Pajero bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil berkata, struktur rumah itu jenis separuh kekal berkeluasan 150x100x15 kaki.

"Kebakaran telah memusnahkan 80 peratus bagi kesemua rumah. Terdapat lima buah rumah berpenghuni manakala dua lagi adalah rumah kosong.

"Secara keseluruhannya lima buah rumah tersebut didiami 19 penghuni. Kita bertindak memadam kebakaran menggunakan tiga aliran sepanjang 200 kaki dan enam pancutan sumber air pili bomba," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kebakaran katanya, dapat dikawal dalam masa kira-kira satu jam dan operasi ditamatkan pada jam 10.28 malam.

Jelas beliau, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!