Imam teruja sertai peraduan Sinar

Shafie menunjukkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menarik perhatiannya untuk mencuba nasib.
Shafie menunjukkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menarik perhatiannya untuk mencuba nasib.
A
A
A

ALOR SETAR - Imam Masjid As-Sholihin, Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu di sini tidak menjadikan faktor usia emas sebagai halangan untuk beliau menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

Shafie Yahaya, 81, berkata, walaupun beliau agak berumur, namun beliau masih mampu menjawab soalan-soalan ‘mengasah minda’ yang dikemukakan dalam peraduan tersebut.

Menurutnya, soalan dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku bukan sahaja menarik, malah mudah untuk dijawab kerana ia melibatkan lokasi-lokasi menarik di Malaysia.

“Pak cik boleh menjawab soalan-soalan dan mencipta slogan menarik seorang diri sahaja. Walaupun sudah berusia lebih 80 tahun, pak cik tidak segan untuk mencuba nasib menyertai peraduan tersebut.

“Setiap hari pak cik berdoa agar memperoleh rezeki dengan menyertai peraduan ini. Jika nasib pak cik bertuah dengan memenangi Peraduan Sinar Harian Di Hatiku, pak cik berhasrat mahu membaik pulih kediaman isteri di Indonesia,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Shafie membaca dengan teliti soalan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku ketika waktu senggangnya di Masjid As-Sholihin, Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu dekat Alor Setar semalam.
Shafie membaca dengan teliti soalan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku ketika waktu senggangnya di Masjid As-Sholihin, Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu dekat Alor Setar semalam.

Shafie berkata, beliau sentiasa menjadikan akhbar Sinar Harian sebagai bahan bacaan kegemaran hariannya.

“Kemudian, pak cik nampak peraduan ini dan tertarik untuk menyertainya. Biasanya, pak cik akan mendapatkan akhbar Sinar Harian di kedai berhampiran rumah pak cik seawal jam 7.15 pagi.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi hari ini (semalam) pak cik agak kecewa, tak sempat nak beli Sinar Harian seperti kebiasaan kerana sudah habis,” katanya.

Namun, menurut Shafie, beliau akan berusaha untuk memastikan beliau dapat membeli akhbar Sinar Harian pada hari-hari seterusnya bagi membolehkannya menyertai peraduan tersebut.

Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang berlangsung sehingga 29 November nanti menawarkan hadiah utama wang tunai berjumlah RM30,000, diikuti hadiah kedua sebanyak RM8,000 dan tempat ketiga RM2,000 serta lima hadiah saguhati bernilai RM1,000.