Enam mat rempit ditahan lumba haram

A
A
A
BUTTERWORTH – Polis menahan enam remaja lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini di semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kesemua remaja berkenaan ditahan dalam operasi yang diadakan bermula pada jam 5 petang sehingga 2.30 pagi itu kerana berlumba haram.

“Tindakan mereka melakukan aksi menunduk badan, membawa motor secara ‘zig zag’ dan meniarap atas motosikal bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah penguna jalan raya yang lain.

"Malah geng mat rempit ini tidak pernah serik kerana tetap berlumba haram di BORR walaupun pihak polis menjalankan operasi setiap hari, ada juga mereka ditahan itu pernah ditangkap dalam operasi sebelum ini," katanya di sini hari ini.

Katanya pihaknya akan terus mempergiatkan dan menjalankan operasi itu dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan mat rempit di kawasan berkenaan.- Bernama
Artikel Berkaitan: