Zahid tidak tahu pertemuan Tengku Razaleigh dengan Agong

Ahmad Zahid dan Tengku Razaleigh
Ahmad Zahid dan Tengku Razaleigh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mengetahui tentang pertemuan antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau hanya mengetahui pertemuan tersebut menerusi laporan media sahaja dan tidak dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh berhubung pertemuan itu.

“Saya tidak tahu, saya hanya menerima berita dari media," katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai jumlah Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid berkata, beliau juga tidak mengetahui tentang perkara itu.

Ahmad Zahid turut menjelaskan bahawa Barisan Nasional adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sokongan Ahli Parlimen BN secara individu.

“Kami adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional dan sokongan kepada Perikatan Nasional bukan sokongan menerusi parti tetapi ahli Parlimen,” katanya.

Artikel Berkaitan: