Kaunter perkhidmatan Imigresen di kawasan PKPB ditutup

Khairul Dzaimee Daud - Foto Bernama
Khairul Dzaimee Daud - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Semua kaunter perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditutup sepenuhnya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Dzaimee Daud berkata, penutupan kaunter ini bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020 bagi seluruh negeri Sabah, manakala penutupan bermula 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020 bagi seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Penutupan kaunter ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menguatkuasakan PKPB bagi negeri-negeri tersebut seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 12 Oktober 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dzaimee lagi, semua urusan dan temu janji yang telah dibuat sepanjang tarikh tersebut melalui sistem temu janji online (STO) adalah ditangguhkan.

“Walau bagaimanapun semua urusan dalam talian masih berjalan seperti biasa. Orang ramai tidak dibenarkan hadir ke pejabat-pejabat Imigresen yang terbabit kecuali atas sebab-sebab kecemasan yang telah dirujuk lebih awal,” katanya.

Artikel Berkaitan: