Dr Mahathir tak pernah sokong mana-mana calon mahu jadi PM

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon yang ingin menjadi Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau berharap tidak ada lagi percubaan daripada mana-mana pihak mengaitkan nama beliau dengan mendakwa beliau memberikan sokongan terhadap mana-mana individu terbabit.

"Saya diberitahu kononnya saya menyokong seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah berikan sokongan kepada sesiapa pun sebagai calon Perdana Menteri.

"Saya harap tidak ada lagi percubaan menyatakan saya sudah sokong 'si polan - si polan', tidak ada sokongan," katanya dalam satu video pendek dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau sendiri mempunyai sebuah parti baharu dan parti tersebut adalah sebuah parti yang bebas kerana tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan: