Senaman kuatkan otot tangan

A
A

Kepada mereka yang berada dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas, anda digalakkan mengamalkannya

ANDA sudah berusia 50 tahun atau lebih tua daripada itu dan merasakan sudah terlambat untuk melakukan senaman kecergasan?

Sebaiknya, jangan ada persepsi sebegitu. Jurulatih Kecergasan Herbalife Independant Distributor, Kapten Intan Kursiah Mohd Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Coach Kapten Intan berkata, anda semua belum terlewat lagi.

Kata beliau, selain pemakanan sihat, aktiviti kecergasan banyak membantu kesihatan tubuh badan.

Antara amalan terbaik boleh dilakukan ialah berjalan sekeliling taman perumahan sendiri sekitar dua kilometer sehari. Dari semasa ke semasa, tingkatkan jarak berjalan.

"Apabila badan ringan, anda akan ada keinginan melakukan senaman lebih mencabar," katanya ketika bertandang di studio Sinar Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.

Adakah apabila di rumah, ia boleh mengehadkan aktiviti? Jawapannya, tidak.

Coach Kapten Intan berkata, di rumah, anda boleh melakukan senaman menguatkan otot tangan.

"Dengan dua dumbell seberat setengah kilogram (kg) sebagai permulaan, ia boleh ditambah kepada 1kg apabila tangan mulai kuat. Dumbell boleh diganti dengan air botol mineral seberat 500 ml.

"Jika sakit lutut, gunakan kerusi supaya berat anda ditampung dan boleh melakukan senaman walaupun dalam keadaan duduk," katanya.

Berikut, Coach Kapten Intan menunjukkan langkah-langkah tepat bersenam menguatkan otot tangan.

Selamat mencuba!

Step 1:

1. GENGGAM dumbell dan berdiri posisi seperti dalam gambar.

2. ANGKAT dumbell ke paras bahu.

3. ANGKAT dumbell dan tangan lurus ke atas. Tiga pergerakan bersamaan kiraan 1.

Ulang 8 kali, 3 set.

Step 2:

1. BERDIRI dan dengan tangan, genggam dumbell kemas-kemas.

2. SILANG tangan seperti gerakan gunting atas dan bawah.

3. KEMBALI ke posisi asal. Ulang 8 kali, 3 set.

Step 3:

1. BERDIRI sedikit ke sisi. Pegang sebelah dumbell posisi seperti dalam gambar.

2. BUAT gerakan seperti menarik.

3. TARIK sehingga ke paras bahu. Ulang 8 kali, 5 set

Step 4:

1. GENGGAM dumbell kemas kemas.

2. ANGKAT tangan ke paras bahu (seperti buka kepak)

3. ULANG 8 kali, 5 set.

Step 5:

1. GENGGAM dumbell kemas-kemas.

2. ANGKAT lutut kanan sambil tangan bawa ke bawah lutut. Turunkan kaki, kembali ke posisi (1).



Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia