X

Kindly register in order to view this article
!

Kementerian Kewangan nafi lulus pinjaman syarikat penerbangan

Kementerian Kewangan menafikan ia meluluskan pinjaman kepada syarikat penerbangan tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kewangan menafikan ia meluluskan pinjaman kepada syarikat penerbangan tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Nikkei Asia melaporkan hari ini bahawa AirAsia Group Bhd mendapat bantuan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan bertujuan membantu syarikat itu.

"Merujuk kepada laporan media hari ini, kementerian mahu menjelaskan bahawa ia tidak meluluskan sebarang pembiayaan kerajaan atau jaminan kepada mana-mana syarikat penerbangan,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Nikkei Asia, pinjaman itu akan dilakukan bank-bank tempatan di bawah skim kerajaan, serta ia dijamin sebanyak 80 peratus oleh Kementerian Kewangan.

Pinjaman itu akan disalurkan oleh institusi kewangan tempatan di bawah Skim Jaminan Danajamin Prihatin bernilai RM50 bilion yang dikendalikan oleh penanggung insurans jaminan kewangan, Danajamin Nasional Bhd, kata Nikkei Asia.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!