Ahli politik enggan raja rapat dengan rakyat?

Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling. - Foto SINAR HARIAN, ASRIL ASWANDY
Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling. - Foto SINAR HARIAN, ASRIL ASWANDY
A
A
A

SHAH ALAM - “Saya berfikir mungkin ada barangkali suatu ketidakinginan dalam kalangan ahli politik untuk jadikan raja popular di kalangan rakyat.”

Pendapat itu disuarakan Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling yang menegaskan raja dan rakyat seharusnya rapat.

Menurutnya, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri membolehkan raja rapat dengan rakyat, bukan sekadar melawat sekolah dan solat berjemaah di masjid sahaja.

“Bila raja popular, rapat dengan rakyat, boleh meminta dengan raja, barangkali orang politik jadi tak popular padahal mereka harus popular sebab mereka wakil rakyat.

“Inilah barangkali orang bermain kuasa di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Ke-89 bertajuk ‘Raja Berpelembagaan: Kedaulatan dan Cabaran’ di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: