Ku Li selesai menghadap Agong

Tengku Razaleigh dilihat keluar dengan menaiki Mercedes-Benz berwarna hitam menerusi Pintu 2 Istana Negara, hari ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dipercayai selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Ahli Parlimen Gua Musang itu dilihat keluar menerusi Pintu 2 Istana Negara kira-kira jam 2.42 tadi.

Beliau yang memakai pelitup muka menaiki kenderaan jenis Mercedes-Benz berwarna hitam diiringi dua pengiring.

Bagaimanapun, ketibaan Ku Li ke istana tidak disedari media kerana dikatakan beliau masuk melalui pintu 3 istana.

Tengku Razaleigh dilihat keluar dengan menaiki Mercedes-Benz berwarna hitam menerusi Pintu 2 Istana Negara, hari ini.
Tengku Razaleigh dilihat keluar dengan menaiki Mercedes-Benz berwarna hitam menerusi Pintu 2 Istana Negara, hari ini.

Artikel Berkaitan: