Istana Negara kongsi gambar pertemuan Anwar dengan Agong

Gambar Al-Sultan Abdullah (kiri) bersama Anwar yang dikongsikan Istana Negara hari ini.
Gambar Al-Sultan Abdullah (kiri) bersama Anwar yang dikongsikan Istana Negara hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Istana Negara mengeluarkan gambar pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara hari ini.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson memohon menghadap untuk mempersembahkan keterangan lengkap sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen kepadanya untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

Anwar kemudian mengadakan sidang akhbar di Hotel Le Meridien di sini bagi menjelaskan inti pati majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu Ketua Pembangkang itu tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 10.25 pagi bagi menghadap Seri Paduka Baginda.

Beliau menaiki kereta Jaguar dan diikuti dengan sebuah kereta Valkswagen.

Bagaimanapun kehadiran Presiden PKR itu tidak dapat dirakam lensa media kerana beliau tidak menurunkan tingkap kereta.

Ketibaan Anwar telah disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Tunku Nashrul Tunku Abaidah yang dihubungi media.

Terdahulu Anwar memuat naik gambar beliau di Facebook yang lengkap berpakaian sut bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan keterangan gambar 'Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini'.

ARTIKEL BERKAITAN Agong tidak terima senarai nama Ahli Parlimen sokong Anwar

Beri ruang Agong sahkan senarai majoriti ahli Parlimen: Anwar

Artikel Berkaitan: