Beri ruang Agong sahkan senarai majoriti ahli Parlimen: Anwar

ANWAR
ANWAR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meneliti senarai lebih 120 ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada beliau sebelum memperkenankan permohonan pembentukan kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kelak.

Beliau dalam sidang akhbar sebentar tadi menjelaskan beliau sudah mengemukakan dokumen sah dan meyakinkan ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya.

"Ini meliputi dokumen sahih termasuk dalam bentuk surat akuan bersumpah (SD) dan dokumen pengesahan ketua-ketua parti bagi menunjukkan bukti sokongan ahli Parlimen yang dinyatakan.

"Saya pohon semua pihak beri ruang pada Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab mengikut lunas Perlembagaan dan budi bicara untuk mentelaah dokumen... dan (dalam) satu dua hari ini memanggil ketua-ketua parti bagi mengesahkan dan dapat input.

"Soal hari ini bukan soal kemenangan tapi untuk tegakkan negara yang adil," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: