X

Kindly register in order to view this article
!

Pas nafi dua ahli Parlimen sokong Anwar

Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A

PORT DICKSON - Pas menafikan dakwaan dua ahli Parlimennya antara yang disenarai menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seramai 18 ahli Parlimen Pas tetap menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun menurutnya, ketika ini Pas memilih untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku selepas 13 Oktober ini.

"Kita payah nak jangka dan ketika ini semua memerhati dia (Anwar) mendakwa sudah cukup bilangan untuk capai majoriti kukuh.

"Masing-masing parti politik sudah buat penafian nama-nama disenaraikan oleh pihak mana pun tidak tahu dan masing-masing buat laporan polis.

"Berdasarkan laporan yang ada, rasa macam tak mungkin, tapi kita akan tengoklah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata kepada media selepas meninjau lokasi pencemaran tumpahan minyak di Pantai Cermin di sini hari ini.

Tuan Ibrahim ditemubual media selepas meninjau lokasi pencemaran tumpahan minyak di Pantai Cermin di sini hari ini.
Tuan Ibrahim ditemubual media selepas meninjau lokasi pencemaran tumpahan minyak di Pantai Cermin di sini hari ini.

Terdahulu tular di laman sosial berkenaan dua ahli Parlimen Pas mempertimbangkan untuk menyokong Anwar.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Pas bersedia menghadapi apa juga kemungkinan jika berlaku peralihan kuasa dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua pihak mempunyai hak dari segi Perlembagaan, namun perkara itu perlu diketepikan dalam negara berdepan gelombang ketiga penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Saya baca beberapa analisa dibuat dan sebahagian besar rakyat cakap sudah 'fed up' dengan situasi berlaku," katanya.

Sementara itu berkenaan tular senarai Kabinet termasuk nama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, beliau berkata, perkara itu antara yang paling tidak munasabah di dunia.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar tinggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Agong


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!