Ku Li dijangka menghadap Agong petang ini

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang ini.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Gua Musang itu dijangka akan menghadap jam 2 petang ini bersama beberapa Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan bersekutu dengan beliau.

Sumber berkata, namun sama ada mereka menyatakan sokongan atau bantahan terhadap hasrat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri baharu tidak diketahui.

Ku Li sebelum ini adalah bekas menteri kewangan, juga merupakan Ahli Parlimen paling lama berkhidmat dan dilihat sebagai pegawai negeri yang berpengaruh dan dihormati oleh rakan dan seteru politiknya.

"Selepas Ku Li dan pemimpin parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pemimpin parti pembangkang pula akan dipanggil," kata sumber itu lagi.

Sementara itu, kenderaan yang membawa Anwar tiba di pintu Istana Negara kira-kira jam 10.25 pagi dan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong jam 11 pagi.

Pada 23 September lepas, Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk membentuk kerajaan baru dan mengisytiharkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh dengan sokongan itu.

Beberapa hari lalu beliau mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju menerima beliau menghadap hari ini.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN Anwar tinggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Agong