Lagi sekolah ditutup di Kedah

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Dua buah sekolah di daerah Baling ditutup mulai hari ini sehingga 19 Oktober berikutan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang dilapor berlaku di sekolah terbabit.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah melalui Surat Pekelilingnya, memaklumkan sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Wang dan SK Kuala Ketil.

Katanya, berikutan itu semua pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana dikehendaki menjalani proses kuarantin di rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak berkuasa.

"Pihak pengurusan tertinggi JPN Kedah memutuskan penutupan sementara semua kelas di sekolah berkuat kuasa 12 sehingga 18 Oktober.

"Guru-guru dibenarkan bekerja dari rumah dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah berdasarkan keupayaan dan kemudahan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh sekolah ditutup," katanya.

Setakat ini sebanyak lapan buah sekolah ditutup di Kedah dan dua daripadanya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma dan SK Kampung Gelam ditutup mulai semalam hingga 18 Oktober.

Empat lagi sekolah iaitu SMK Baling serta SMK Bongor, di daerah Baling dan SMK Bukit Payong dan SK Bukit Pak Kiau di Pokok Sena ditutup mulai kelmarin hingga 17 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahanan reman disyaki punca penularan Covid-19 di Baling<

Artikel Berkaitan:

Empat sekolah di Kedah ditutup