X

Kindly register in order to view this article
!

Pemain Lang Merah mahu Sanusi kekal teraju KFA

Baddrol (kiri) berjaya memimpin Lang Merah untuk muncul Naib Juara Liga Super 2020. - Foto KFA
A
A

PEMAIN Lang Merah berharap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempertimbangkan kembali hasrat meletakkan jawatan berkuatkuasa Khamis ini.

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berkata, beliau dan rakan sepasukannya tidak bersetuju dengan hasrat tersebut kerana kehadiran Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berjaya menyuntik semangat dan mengembalikan momentum pasukan untuk bersaing dalam Liga Malaysia 2020.

Menurutnya, Muhammad Sanusi berjaya membantu KFA dan berusaha menyelesaikan masalah hutang yang membebani persatuan sejak menerima jawatan tersebut pada 12 Julai lalu.

"Saya dan rakan sepasukan sesekali tidak setuju dengan tindakan Presiden KFA. Kami sedih sebab beliau hadir dengan mengambil alih sebuah pasukan yang dibebani hutang yang banyak. Beliau banyak menyelesaikan masalah yang dihadapi pasukan sebelum ini

"Kami mengharapkan beliau menarik balik kenyataan untuk meletakkan jawatan sebab dengan berita-berita seumpama ini merencatkan semangat kami untuk bermain. Saya sendiri yakin beliau adalah seorang yang minat untuk mengendalikan pasukan bola sepak di negeri ini," katanya yang dipetik melalui Facebook KFA.

Baddrol berkata, Presiden KFA merupakan seorang yang boleh menerima pendapat dan pandangan daripada pihak pengurusan dan juga pemain.

Dalam pada itu, beliau juga berharap penyokong Kedah dapat bersabar dengan beberapa isu yang sedang hangat seperti logo baharu kerana KFA sedang berusaha untuk menyelesaikannya.

ARTIKEL BERKAITAN: KFA tolak peletakan jawatan Muhammad Sanusi

Pada Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan Jawatankuasa Eksekutif KFA memutuskan sebulat suara menolak peletakan jawatan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai presiden persatuan tersebut yang berkuat kuasa 15 Oktober ini.

Timbalan Presiden KFA, Datuk Abdul Rahman Abdullah berkata, tiada sebab kukuh Muhammad Sanusi meletakkan jawatan kerana beliau cemerlang menyelesaikan beberapa masalah besar sepanjang mentadbir persatuan tersebut.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!