X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air di 28 kawasan di Kuala Selangor

Kenyataan media oleh Air Selangor di Facebooknya hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 28 kawasan di daerah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan kerja-kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh bermula jam 9 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, kerja penggantian injap itu dijangka mengambil masa selama sembilan jam.

"Ia dijangka siap jam 6 petang ini dan bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus selesai kerja penggantian injap itu.

"28 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air itu dijadualkan pulih sepenuhnya jam 10 malam ini," menurut kenyataan itu.

Kawasan terlibat ialah Bagan Tengkorak, Jalan Ban Canai, Jalan Kunci Air Buang, Kampung Ampangan, Kampung Haji Razali, Kampung Melaka/Kampung Kilat, Kampung Pinang, Kampung Seri Tiram Jaya, Kampung Sungai Burong 1 Parit 1- Parit 4, Sungai Kajang, Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang).

Turut terjejas, Kampung Tok Adam, Ulu Tiram, Lorong Bahagia, Parit 1 Sungai Burong, seluruh kawasan sawah Semapdan Blok A-Z, Sungai Burong Sawah Parit 1-4, Sungai Sireh Lorong 1-23, Taman Desa Jaya, Kopema, Radin Jaya, Sri Bakti, Sri Desa, Sri Jaya, Sri Setia, Sri Tanjong, Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Mini/ Taman Ketam dan Taman Wawasan.

Air Selangor memaklumkan, penduduk terjejas boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini gangguan air menerusi aplikasi Air Selangor, laman sesawang www.airselangor.com selain media sosial Facebook, Twitter dan Instagram atau menghubungi talian Pusat Perhubungan Air Selangor di 15300.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!