Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit masih dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau termasuk yuan. Foto 123RF
Ringgit masih dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau termasuk yuan. Foto 123RF
A
A
A

RINGGIT masih dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau termasuk yuan, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1500/1600 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.1420/1500 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata, pasaran akan memantau pergerakan yuan hari ini selepas mata wang negara China itu melonjak berbanding dolar AS ketika ditutup pada Isnin.

“Namun, harga minyak mentah tetap mempengaruhi pasaran meluas dengan harapan untuk rangsangan, yang akan memberikan ruang kepada unit tempatan," katanya kepada Bernama.

Pada 9.17 pagi, harga minyak mentah Brent berada pada AS$41.68 setong.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0530/0651 daripada 3.0519/0580 ketika ditutup semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4137/4280 daripada 5.3950/4070.

Mata wang tempatan lemah berbanding euro kepada 4.8958/9092 daripada 4.8884/8982 dan rendah berbanding yen kepada 3.9385/9491 daripada 3.9257/9336.- Bernama

Artikel Berkaitan: