Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih

Air Selangor memaklumkan perkembangan terkini gangguan bekalan air di Klang/Shah Alam di Facebook rasminya hari ini.
Air Selangor memaklumkan perkembangan terkini gangguan bekalan air di Klang/Shah Alam di Facebook rasminya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air di Klang/Shah Alam yang terjejas disebabkan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24 di sini pulih sepenuhnya jam 9 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kerja pembaikan paip pecah yang dijadualkan selesai jam 9 pagi ini dapat disiapkan lebih awal pada jam 12.35 tengah malam tadi.

"Berikutan itu, bekalan air telah disalurkan semula ke kawasan terlibat dan dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi ini," katanya.

Kenyataan itu menyebut, orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini dan sahih menerusi aplikasi Air Selangor, laman sesawang dan media sosial.

Semalam, Air Selangor memaklumkan, berlaku kejadian paip pecah disebabkan oleh pihak ketiga menyebabkan bekalan air ditutup jam 9 malam tadi bagi kerja pembaikan.

Enam kawasan libatkan daerah Klang/Shah Alam terjejas termasuk Seksyen 18,19,20,23,24 dan 25.

Artikel Berkaitan: