Terkejut jumpa rangka manusia berulat, busuk

2
2
A
A
A

IPOH - Satu rangka manusia lengkap berpakaian ditemui dalam semak di Hala Jati Meru 9 berhampiran kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang, di sini hari ini.

Mayat dipercayai lelaki itu dijumpai seorang pekerja kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB), ketika mencari lokasi pembuangan sampah di kawasan berkenaan sekitar jam 10.30 pagi.

Penyelia TNB Ipoh, Mohammad Khairul Syazwan,30, berkata, dia dimaklumkan oleh salah seorang pekerja kontrak yang menemui mayat yang sudah reput itu di lokasi berkenaan.

“Mereka sedang mengundur lori dan kerkejut terlihat mayat dalam semak bersebelahan dengan kenderaan mereka

“Apabila dimaklumkan saya lihat dan betullah ada mayat yang dalam keadaan berulat dan berbau itu. Saya suruh mereka laporkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman ketika dihubungi berkata, setakat ini, jantina mayat terbabit belum dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun katanya, daripada pakaian pada tubuh mayat itu, ia kelihatan seperti baju lelaki.

"Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, sementara menunggu laporan bedah siasat selesai.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut akan dibuat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.