Tarik semula pelantikan Sheikh Omar

Sheikh Omar
Sheikh Omar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3), Amran Ahmad menggesa kerajaan menarik semula pelantikan Adun Paloh dari DAP, Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat bagi meredakan kegelisahan umat Islam dan Melayu di negara ini yang semakin keliru dan marah dengan tindakan DAP campur tangan dalam institusi melibatkan Islam dan Melayu.

Tegasnya, beliau khuatir pimpinan atasan DAP akan mengabaikan dan menggugat kepentingan Islam dan kedudukan Melayu dalam Yadim.

“Apabila saya terbaca berita menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof melantik wakil rakyat Melayu dari DAP sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, saya langsung tidak terkejut.

ARTIKEL BERKAITAN: PH biar DAP corakkan Yadim

ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Wajdi bidas lantikan Yadim

“Saya cuma berasa sedih kerana sekali lagi menteri Melayu beragama Islam sendiri yang membenarkan campur tangan DAP dalam institusi Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mujahid selepas majlis Penyerahan Watikah Ahli Lembaga Pemegang Amanah hari ini menegaskan, pelantikan 10 daripada 12 ahli politik PH adalah berdasarkan merit dan kelayakan mereka.

Artikel Berkaitan:

Mujahid berkata, kesemua yang dilantik itu mempunyai pengalaman luas yang mampu membantu Yadim mencapai objektifnya.