16 ringkasan PKPB di seluruh Sabah

Perintah Kawalan Rentas Daerah telah dilaksanakan di seluruh Sabah bermula pada 3 Oktober lalu dan hanya mereka yang mempunyai surat kebenaran yang dibenarkan merentas daerah. - Foto Bernama
Perintah Kawalan Rentas Daerah telah dilaksanakan di seluruh Sabah bermula pada 3 Oktober lalu dan hanya mereka yang mempunyai surat kebenaran yang dibenarkan merentas daerah. - Foto Bernama
A
A
A
PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku di negeri itu.

Katanya, bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

Menurut Ismail Sabri, dengan pelaksanaan PKPB ini, semua penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Berikut adalah 16 ringkasan PKPB yang akan dilaksanakan di seluruh Sabah:

1. Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.

2. Pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

3. Hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan harian termasuk makanan.

4. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi ditutup.

Artikel Berkaitan:

5. Masjid, surau, rumah ibadat bukan Islam ditutup kepada orang ramai.

6. Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan tidak dibenarkan.

7. Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi perlu mematuhi SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

8. Pasar borong, pasar harian hanya boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang.

9. Kedai barang keperluan, kedai runcit, restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka (6 pagi - 6 petang) dan terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away.

10. Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang.

11. Klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam.

12. Operasi farmasi dan kedai ubat-ubatan terhad dari 6 pagi hingga 6 petang.

13. Perkhidmatan teksi atau e-hailing dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.

14. Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

15. Sektor perikanan, perladangan, pertanian dibenarkan beroperasi.

16. Sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPB di seluruh Sabah bermula tengah malam ini