Laluan Portugal kembali berliku

Aksi tonggak Portugal, Joao Felix (kanan) bersama Cristiano Ronaldo ketika perlawanan menentang Perancis di Stade de France.
Aksi tonggak Portugal, Joao Felix (kanan) bersama Cristiano Ronaldo ketika perlawanan menentang Perancis di Stade de France.
A
A
A

PORTUGAL berdepan ujian getir untuk mengekalkan status pendahulu Kumpulan A Liga Negara-Negara UEFA apabila sekadar seri 0-0 ketika menentang Perancis di Stade de France.

Pengendali Portugal, Fernando Santos berkata, keputusan seri itu menyaksikan Portugal tidak mempunyai pilihan kecuali mencatat keputusan positif dalam baki semua perlawanan peringkat kumpulan.

“Ya, Portugal mempunyai sedikit kelebihan dari segi perbezaan gol, tetapi dengan baki tiga perlawanan, ia bukan satu yang boleh dianggap mudah begitu sahaja. Croatia juga menang dan akan menentang Portugal dan Perancis di stadium mereka, jadi mereka juga semestinya mempunyai cita-cita untuk berada di puncak peringkat kumpulan.

“Kami bermain di tempat sendiri menentang Sweden pada perlawanan seterusnya dan amat penting untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Kemudian kami akan bermain di tempat sendiri menentang Perancis dan itu pastinya perlawanan yang sukar. Ia juga bukti jelas semua pasukan dalam kumpulan ini masih mempunyai peluang,” katanya.

Artikel Berkaitan: