KPD Petaling Jaya kuarantin kendiri 14 hari

Nik Ezanee Mohd Faisal
Nik Ezanee Mohd Faisal
A
A
A

PETALING JAYA - Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal menjalani proses kuarantin kendiri mulai hari ini.

Menurut kenyataan di laman rasmi Facebook Polis Daerah Petaling Jaya memaklumkan Nik Ezanee mempunyai kontak rapat dengan seorang Pegawai Kesihatan Daerah Petaling di mana mereka telah bertemu dalam beberapa siri mesyuarat dan perbincangan berkenaan perancangan dan operasi Covid-19.

Kenyataan yang disiarkan dalam Polis Daerah Petaling Jaya Facebook, hari ini.
Kenyataan yang disiarkan dalam Polis Daerah Petaling Jaya Facebook, hari ini.

Terdahulu, Pegawai kesihatan Daerah tersebut telah hadir bermesyuarat dengan Pengurus Keselamatan Tropicana Golf & Country Resort yang disahkan positif Covid-19 semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood akan memangku tugas sebagai Ketua Polis Daerah sehingga keputusan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Artikel Berkaitan: