X

Kindly register in order to view this article
!

Bon kerajaan perlu diterbitkan dalam negara

Dr Jomo Kwame Sundaram
A
A

KUALA LUMPUR - Bon kerajaan bagi pinjaman perlu diterbitkan dan dijual kepada Bank Negara Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.

Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, ini akan membantu meminimumkan kos pinjaman dan perbelanjaan.

“Tidak ada sebab mengapa kita perlu ke luar negara,” katanya sambil menambah langkah itu boleh menjejaskan keseluruhan tujuan untuk mengumpulkan wang.

Jomo berkata demikian pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2020 yang dianjurkan Institut Strategik Kingsley bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menerbitkan bon mata wang asing dan sebaliknya memilih mengumpul dana dengan meminjam dalam negara menerusi pasaran hutang domestik untuk membiayai usaha bantuan Covid-19.

Setakat ini kerajaan telah melancarkan pakej rangsangan bernilai RM305 billon untuk menyokong ekonomi yang terjejas disebabkan Covid-19.

Sukuk Prihatin, inisiatif kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), terlebih langganan apabila ia ditutup pada 17 September, mencatatkan jumlah langganan lebih daripada RM666 juta.

Ini melepasi saiz terbitan sasaran awalnya pada RM500 juta. Berikutan permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan yang layak, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan jumlah terbitan sebanyak tambahan RM166 juta. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!