X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita ditemui mati di sisi bayi baru dilahirkan

Lokasi mangsa ditemukan meninggal dunia di sisi bayi yang baru dilahirkan semalam.
A
A

BATU GAJAH - Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di sisi bayi yang baru dilahirkan di sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit di Kampung Piandang, Pusing di sini semalam.

Yanti Abas, 35, warga Indonesia ditemui oleh orang awam dalam keadaan jasadnya ditutupi sehelai kain kira-kira jam 6.30 petang, sementara bayi lelakinya masih hidup.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah meninggal dunia sekitar lima jam selepas melahirkan bayinya di lokasi kejadian.

"Semasa polis tiba, mangsa ditemukan dalam keadaan berselimut dan bayinya pula telah dipotong tali pusat dan uri.

"Kita percaya ada orang yang bersama mangsa semasa proses melahirkan, namun polis tidak menjumpai sebarang saksi di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, pasukan forensik juga tidak menemui apa-apa unsur perlakuan jenayah pada tubuh badan mangsa serta lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

"Bayi terbabit pula diserahkan kepada Hospital Batu Gajah untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suami atau waris mangsa.

"Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!