PN berterima kasih atas sokongan terhadap Muhyiddin

Hamzah Zainudin
Hamzah Zainudin
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan tertinggi dan ahli Parlimen daripada parti komponen serta rakan kongsi politik lain seperti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menzahirkan sokongan padu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sokongan tersebut melambangkan bahawa kesemua parti politik yang menyokong kerajaan PN bersama dalam menghadapi situasi pandemik koronavirus (Covid-19) dan cabaran ekonomi ketika ini sekali gus menolak sebarang cubaan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

"Tatkala penularan Covid-19 masih berleluasa di seluruh dunia, kerajaan PN memberikan tumpuan penuh untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat.

"PN menyeru kepada semua rakyat untuk terus bersatu hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjagaan kesihatan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi bersama-sama mengulangi kejayaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: 18 Ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin

Semalam, Pas sekali lagi menegaskan bahawa kesemua 18 ahli Parlimen mereka menyokong Muhyiddin mengetuai PN.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti tersebut menyifatkan langkah yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baharu sebagai tindakan terdesak.

Artikel Berkaitan: