Sindiket cuci duit: Permohonan reman tiga individu ditolak

Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Permohonan reman terhadap tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian telah ditolak majistret.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid bagaimanapun berkata, pihaknya telah menahan semula individu berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kes judi di Cheras.

"Permohonan reman baharu ke atas individu itu akan diminta esok bagi membantu siasatan berhubung kes itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, media melaporkan baki sembilan tahanan reman kes siasatan pengubahan wang haram oleh SPRM termasuk dalang Macau Scam dibebaskan dengan jaminan pada petang semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan termasuk anggota, pegawai polis dilepas dengan jaminan SPRM

Bagaimanapun, lapan daripada mereka kemudian ditahan semula JSJ Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan seramai 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, SPRM sudah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai berjumlah RM5 juta.

SPRM turut merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.

Sindiket cuci duit itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan yang dijalankan oleh selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM ada senarai nama pihak terima wang haram Macau Scam

Sindiket 'cuci duit': Ratusan syarikat dikesan