Tun M sindir Muhyiddin supaya tunaikan janji adakan PRU

Catatan di blog Dr Mahathir
Catatan di blog Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengotakan janji mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana Gerakan Rakyat Sabah (GRS) sudah menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.

Dalam satu hantaran di blog chedet.cc semalam, Ahli Parlimen Langkawi itu secara sinis berkata, Muhyiddin sepatutnya mengotakan kata-katanya itu dan menerima saja akibat yang bakal menyusul memandangkan 'politik lebih utama daripada prinsip'.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu tidak menyebut nama Muhyiddin secara khusus dalam kenyataan di blog terbabit yang turut di muat naik ke laman Facebook beliau semalam.

"Kata pemimpin tertinggi, kalau menang (di Sabah), PRU akan diadakan.

"Jangan mungkir janji, adakan PRU (dan) biar ratusan ribu dijangkiti (Covid-19). Biar lebih ramai mati.

"Politik lebih utama daripada prinsip. Apa aku peduli? Aku dapat (apa yang dimahukan)," tulis beliau.

Pada 18 September lalu, Muhyiddin dalam satu ceramah sempena kempen PRN Sabah seolah-olah memberikan isyarat akan melaksanakan PRU sekiranya GRS menang dalam PRN Sabah.

Pada PRN tersebut, GRS menang apabila mendapat 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, bagaimanapun di sebalik kejayaan itu, penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia kembali meningkat.

Artikel Berkaitan: