Maqis rampas bunga kering lebih RM26,000 dari China

Maqis Selangor berjaya merampas bunga kering yang diimport dari negara China selepas menahan sebuah kontena di Pintu Masuk Maqis Pelabuhan Klang Utara, Khamis lalu.
Maqis Selangor berjaya merampas bunga kering yang diimport dari negara China selepas menahan sebuah kontena di Pintu Masuk Maqis Pelabuhan Klang Utara, Khamis lalu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berjaya merampas bunga kering yang diimport dari negara China selepas menahan sebuah kontena di Pintu Masuk Maqis Pelabuhan Klang Utara, Khamis lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, terdapat dua jenis bunga kering iaitu dried lily flower dan dried flower tea yang dibawa masuk tanpa permit import yang sah dikeluarkan oleh Maqis.

"Pemeriksaan dijalankan Maqis di Tapak Pemeriksaan Gudang B2, dried lily flower yang dirampas seberat 700 kilogram.

"Dried flower tea pula seberat 170 kilogram dan kesemua dagangan tersebut bernilai RM26,587.43,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kontena yang membawa dagangan tersebut juga telah disita.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"Maqis akan sentiasa memastikan ketelitian dan kecekapan bagi setiap pemeriksaan yang dilaksanakan bagi kesemua keluaran pertanian yang diimport ke negara ini. Ini kerana untuk memastikan keterjaminan setiap keluaran pertanian yang dibawa masuk ke negara ini tiada perosak dan penyakit serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: