50,000 kenderaan di Korea Selatan dipanggil balik

Tujuh syarikat memanggil balik hampir 50,000 kenderaan yang mengalami masalah komponen di Korea Selatan. - Foto Yonhap
Tujuh syarikat memanggil balik hampir 50,000 kenderaan yang mengalami masalah komponen di Korea Selatan. - Foto Yonhap
A
A
A

SEOUL - Hyundai Motor Co, BMW, Mercedes-Benz dan empat syarikat lain secara sukarela akan memanggil balik hampir 50,000 kenderaan yang mengalami masalah komponen, kata Kementerian Pengangkutan Korea Selatan dalam satu kenyataan hari ini.

Ia merupakan langkah terbaru diambil pembuat dan pengimport kenderaan yang beroperasi di Korea Selatan berikutan masalah komponen, lapor agensi berita Yonhap.

Empat syarikat lain adalah Kia Motors Corp., Audi-Volkswagen Korea, Jaguar Land Rover Korea dan Daijeon Machinery Co, yang mengimport motosikal Kawasaki.

Semua syarikat itu menarik balik 49,959 unit kenderaan untuk 64 model, kata kenyataan itu.

Antara masalah yang dikenal pasti adadah kemungkinan berlaku kebocoran pada hos bahan bakar untuk kenderaan model Karnival Motivan Kia Motors Corp manakala masalah tali sawat pemasaan bagi model sedan BMW 520d.

Model yang turut dipanggil balik Mercedes-Benz's GLK 220 CDI 4MATIC SUV dan Kawasaki ZX-6R. - Bernama

Artikel Berkaitan: