X

Kindly register in order to view this article
!

'Pemancing' duit tabung Masjid Fathur Rahman diburu

Polis sedang menjejaki suspek memcuri tabung Masjid Fathur Rahman di Pengkalan Rama sejak kelmarin.
A
A

MELAKA TENGAH - Polis sedang menjejaki seorang suspek curi tabung masjid dengan cara 'memancing' di Masjid Fathur Rahman di Pengkalan Rama di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pengadu iaitu siak masjid berkenaan telah membuat laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kejadian disedari individu itu setelah mendapati pintu gelongsor masjid tersebut renggang dan terdapat kesan umpil sebelum memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Pengadu telah membuat semakan CCTV masjid dan mendapati, suspek berjaya mengeluarkan beberapa helai duit kertas dari tabung berkenaan.

"Menerusi CCTV itu, suspek dilihat berjaya memancing wang sumbangan jemaah menggunakan wayar aluminium yang disimpan dalam masjid bagi kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan dengan anggaran kerugian kira-kira RM40," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya lagi, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai telah pecah masuk ke kawasan masjid dengan memanjat tembok tepi dan mengambil duit di dalam tabung besi dengan cara memancing.

"Polis masih menjejaki suspek berdasarkan maklumat CCTV masjid berkenaan dan penduduk sekitar," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!