Kaunter BPN 2.0 Wangsa Maju ditutup sementara

Kenyataan media penutupan kaunter BPN 2.0 Wangsa Maju ditutup sementara dikeluarkan LHDN hari ini.
Kenyataan media penutupan kaunter BPN 2.0 Wangsa Maju ditutup sementara dikeluarkan LHDN hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan kaunter bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur ditutup sementara mulai 15 Oktober.

LHDNM dalam satu kenyataan di Facebook hari ini menjelaskan penutupan itu bagi memberikan laluan kepada perpindahan cawangan ke bangunan baharu.

"Adalah disarankan, penduduk sekitar Wangsa Maju yang ingin membuat permohonan baharu BPN 2.0 membuat permohonan tersebut secara dalam talian melalui https://bpn.hasil.gov.my.

"Penduduk atau pelanggan juga boleh hadir ke cawangan Pusat Khidmat Hasil Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran," kata kenyataan itu.

LHDN turut memaklumkan, sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh majukan melalui Hasil Care Line 03-89111000 /03-89111100 (luar negara); Hasil Live Chat dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDNM.

Artikel Berkaitan: