Perjuangan barisan hadapan di Sabah capai tahap kritikal

Dr Noor Hisham Abdullah, Kenyataan Dr Noor Hisham di Twitter, hari ini.
Dr Noor Hisham Abdullah, Kenyataan Dr Noor Hisham di Twitter, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik Covid-19 di Sabah kini mencapai tahap kritikal.

Beliau berkata, beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.

"Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah," katanya menerusi hantaran Twitter hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: