Mayat terapung dalam parit

Orang awam menemui mayat terapung di dalam parit di Kilometer 60.1 Jalan Klang -Teluk Intan di sini petang semalam.
Orang awam menemui mayat terapung di dalam parit di Kilometer 60.1 Jalan Klang -Teluk Intan di sini petang semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Mayat seorang lelaki terapung ditemui di dalam parit di Kilometer 60.1 Jalan Klang - Teluk Intan di sini petang semalam.

Mayat Lim Sin Yong, 22, ditemui seorang wanita pada jam 5.13 petang semalam sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Tanjong Karang menuju Kuala Selangor.

"Mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dipercayai terbabas ke sebelah kiri jalan di selekoh dan tercampak masuk ke dalam parit," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

"Terdapat kesan luka pada bahagian dahi mangsa dipercayai terkena batu ketika jatuh ke dalam parit," katanya.

Menurutnya, polis turut menemui motosikal mangsa kira-kira dua meter dari mayat itu.

"Bapa mangsa yang ditemui polis di tempat kejadian memaklumkan lelaki itu keluar rumah kira-kira jam 12 tengah malam sebelum kejadian.

"Bapa mangsa mengetahui kejadian ini daripada rakan mangsa yang memaklumkan anaknya terbabas semasa menunggang motosikal dan jatuh ke dalam parit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.